JAN | FEB | MAC | APR | MEI | JUN | JUL | OGOS | SEP | OKT | NOV | DIS
Balik BALIK
     

WACANA CABARAN KEPIMPINAN MASYARAKAT ISLAM

 

Pada 03 hingga 05 Ogos 2009, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) telah menganjurkan Wacana Cabaran Kepimpinan Masyarakat Islam. Kursus tersebut dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin masyarakat dan berlangsung di Dewan Kuliah 7 Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

KURSUS PENGURUSAN MASJID - MODUL "PENTADBIRAN MASJID"

 

Pada 04 hingga 06 Ogos 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat Latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Masjid (KPM) dengan modul “Pentadbiran Masjid” untuk pegawai dan kakitangan dari PDRM, TUDM & PGA. Seramai 50 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.
Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM

KURSUS TASAWWUR ISLAM

 

Pada 04 hingga 06 Ogos 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat Latihan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menganjurkan Kursus Tasawwur Islam kepada pegawai dan kakitangan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Seramai 35 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang berlangsung di Dewan Nyatoh, Kingwood Inn.
Antara penceramah yang terlibat dalam kursus tersebuat ialah En. Abdul Fattah B. Abdul Razak (NRE), Ustaz Zamri B. Mohamad (YADIM) dan Pn. Reni Junita Bt. Yahya (NRE).

KURSUS LATIHAN KADER DAKWAH - MODUL "PENGUCAPAN AWAM DAN PIDATO PROFESIONAL"

 

Pada 07 hingga 09 Ogos 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat Latihan Sarawak telah mengajurkan kursus Latihan Kader Dakwah (LKD) dengan modul “Pengucapan Awam dan Pidato Profesional” untuk pelajar SMK Kidurong, Bintulu. Seramai 150 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut. Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Ustaz Hasfa Bakhry Hassan, Penyelaras Sekolah Pembangunan Syakhsiah Pusat Latihan Sarawak.

 

 

KURSUS PENERAPAN NILAI MURNI - MODUL "BUDAYA KERJA CEMERLANG"

 

Pada 11 hingga 13 Ogos 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat Latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Penerapan Nilai Murni (PNM) dengan modul “Budaya Kerja Cemerlang” untuk Kakitangan awam. Seramai 23 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.
Majlis Penangguhan telah disempurnakan oelh Ustazah Kartini Hj. Ahmad, Pengetua Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

LAWATAN ILMIAH PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH PETALING KE JAKIM SARAWAK

 
Pada 13 hingga 16 Ogos 2009, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan telah menginap di asrama Pusat Latihan Sarawak semperna lawatan ilmiah ke JAKIM Sarawak. Seramai 29 orang telah bermalam di Asrama Hadhari Pusat Latihan Sarawak yang terdiri daripada guru-guru dari Pusat Kegiatan Guru (JAIS) dan Majlis Guru Besar bermula hari Khamis hingga Ahad.

KURSUS PEMBANGUNAN INSTITUSI KELUARGA

 

Pada 14 hingga 16 Ogos 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat Latihan Sarawak dengan kerjasama PERKIM telah menganjurkan Kursus Pembangunan Institusi Keluarga (PIK) untuk ahli-ahli PERKIM Cawangan Sarawak. Seramai 28 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM. Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Hajah Sharifah Mordiah Binti Tuanku Haji Fauzi, Pemangku Pengerusi PERKIM Cawangan Sarawak di Auditorium Al-Wadi, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM

BENGKEL PENANDAARASAN DAN PEMURNIAN SOALAN PEPERIKSAAN IKMAS

 

Pada 15 Ogos 2009, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah mengadakan Bengkel Penandaarasan  dan Pemurnian Soalan Peperiksaan IKMAS yang berlangsung selama sehari di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Bengkel tersebut telah dihadhiri oleh pegawai dan kakitangan IKMAS serta pensyarah IKMAS

KURSUS LATIHAN KADER DAKWAH - MODUL "PENGUCAPAN AWAM DAN PIDATO PROFESIONAL"

 

Pada 17 Ogos 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat Latihan Sarawak dengan kerjasama JAIS Bahagian Bintulu telah mengajurkan kursus Latihan Kader Dakwah (LKD) dengan modul “Pengucapan Awam dan Pidato Profesional” untuk pegawai dan kakitangan kerajaan seramai 24 orang peserta yang berlangsung Mukah Room Regency Hotel  Bintulu Sarawak.
Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Ustaz hasfa Bakhry Hassan, Penyelaras Sekolah Pembangunan Syakhsiah Pusat Latihan Sarawak.

 

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI SKIM PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM PELBAGAI GRED BIL. 2 2009

 
Pada 17 dan 18 Ogos 2009, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menggunakan Pusat Latihan Sarawak sebagai tempat peperiksaan untuk Peperiksaan Perkhidmatan Bagi Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Pelbagai Gred Bil. 2 2009. Calon-calon terdiri daripada kakitangan JAKIM, Kader dan JAIN. Peperiksaan tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM

KURSUS LATIHAN KADER DAKWAH - MODUL "METHODOLOGI DAKWAH KEPADA MUSLIM, NON MUSLIM DAN SAUDARA KITA"

 

Pada 18 hingga 20 Ogos 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat Latihan Sarawak telah mengajurkan kursus Latihan Kader Dakwah (LKD) dengan modul “Methodologi Dakwah Kepada Muslim, Non Muslim dan Saudara Kita” untuk pegawai dan anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) wanita. Seramai 24 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut dan telah berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.
Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Ketua Staf 1 Divisyen Angkatan Tentera Darat di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak.

 

SEMINAR KEPIMPINAN ISLAM DALAM PENDIDIKAN

 

Pada 27 hingga 29 Ogos 2009, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) dengan kerjasama Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) telah menganjurkan Seminar Kepimpinan Islam Dalam Pendidikan bertempat di Auditorium Al-Wadi, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelajaran Sarawak.
Majlis penangguhan seminar tersebut telah disempurnakan oleh Y. bhg. Dr. Hj. Julaihi Hj. Bujang, Pengarah Pelajaran Sarawak bertempat di Auditorium Al-Wadi.

 

 
Hakcipta Terpelihara © 2008 Pusat Latihan Sarawak (PLS) JAKIM Cawangan Sarawak.
Laman Web ini diselenggara oleh Qastury Jingga Resources. Dikemaskini pada Ogos 2010.
PENAFIAN : Kerajaan dan Pusat Latihan Sarawak tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
1