KURSUS KEPIMPINAN ISLAM - MODUL "PEMBENTUKAN PEMIMPIN & KEPIMPINAN MENURUT ISLAM"
Pada 05-06 Mei 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Islam (KPI) dengan modul “Pembentukan Pemimpin & Kepimpinan Menurut Islam”. Kursus tersebut telah diadakan di Mukah, Sarawak. Seramai 120 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada kakitangan awam sekitar daerah Mukah.
KURSUS PENGURUSAN MASJID - MODUL "PENULISAN TEKS & KHUTBAH BERKUALITI"
Pada 05-07 Mei 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Masjid (KPM) dengan modul “Penulisan Teks & Khutbah Berkualiti”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 2, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 50 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada AJK masjid & surau sekitar Kuching.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustazah Kartini Hj. Ahmad,,Pengetua Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.
KURSUS PENERAPAN NILAI MURNI - MODUL "BUDAYA KERJA CEMERLANG"
Pada 12-14 Mei 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Penerapan Nilai Murni (PNM) dengan modul “Budaya Kerja Cemerlang”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Ketua Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi, Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.
KURSUS KEFAHAMAN ISLAM - MODUL "KONSEP ASAS KEFAHAMAN ISLAM"
Pada 18-20 Mei 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Kefahaman Islam (KFI) dengan modul “Konsep Asas Kefahaman Islam”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 80 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada kakitangan Awam.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustazah Kartini Hj. Ahmad,,Pengetua Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.
KURSUS PENGURUSAN MASJID - MODUL "PENGIMARAHAN MASJID"
Pada 19-20 Mei 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Masjid (KPM) dengan modul “Pengimarahan Masjid”. Kursus tersebut telah diadakan di daerah Limbang, Sarawak. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada AJK masjid dan surau sekitar daerah Limbang.
PROGRAM PENINGKATAN MOTIVASI LEPASAN IKMAS & MAJLIS PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA ALUMNI IKMAS 2009
Pada 22-24 Mei 2009, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah mengadakan Program Peningkatan Motivasi Lepasan IKMAS dan Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa Alumni IKMAS 2009 dan telah menggunakan PLS sebagai tempat penginapan pesarta. Program ini telah dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada lepasan IKMAS.
KURSUS PENERAPAN NILAI MURNI - MODUL "KEPENTINGAN NILAI DALAM ORGANISASI"
Pada 23 Mei 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Penerapan Nilai Murni (PNM) dengan modul “Kepentingan Nilai Dalam Organisasi”. Kursus tersebut telah diadakan di Bintulu, Sarawak. Seramai 300 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada kakitangan awam dan guru.
KURSUS PEMANTAPAN AQIDAH
Pada 29-31 Mei 2009, Jabatan Pendidikan Islam SMK Saint Thomas dengan kerjasama Unit Dakwah JAKIM Sarawak telah mengadakan Kursus Pemantapan Aqidah di Pusat Latihan Sarawak. Kursus ini disertai seramai 45 orang pelajar dari SMK Saint Thomas Kuching. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 2, Pusat Latihan Sarawak.
KURSUS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KAFA
Pada 29-31 Mei 2009, Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Pendidikan KAFA telah menganjurkan Kursus Pengajaran & Pembelajaran KAFA bertempat di Auditorium Al-Wadi Pusat Latihan Sarawak. Kursus tersebut disertai seramai 160 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru KAFA bahagian Kuching dan Samarahan
Laman Web ini diselenggara oleh
Qastury Jingga Resources.
Dikemaskini pada Ogos 2010.
PENAFIAN : Kerajaan dan Pusat Latihan Sarawak tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.