JAN | FEB | MAC | APR | MEI | JUN | JUL | OGOS | SEP | OKT | NOV | DIS
Balik BALIK
     

KURSUS PENERAPAN NILAI MURNI - MODUL "KEPENTINGAN NILAI DALAM ORGANISASI"

 

Pada 03-05 Jun 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Penerapan Nilai Murni (PNM) dengan modul “Kepentingan Nilai Dalam Organisasi”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 51 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada kakitangan pelbagai unit di Hospital Umum Sarawak.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Ketua Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi, Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

KURSUS KEFAHAMAN ISLAM - MODUL "TANGGUNGJAWAB MUSLIM MASA KINI DI MSIA"

 

Pada 11-12 Jun 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Kefahaman Islam (KFI) dengan modul “Tanggungjawab Muslim Masa Kini Di Malaysia”. Kursus tersebut telah diadakan di Penjara Pusat Kuching. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada kakitangan dan banduan penjara.

KURSUS BINA INSAN

 

Pada 14-16 Jun 2009, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Bina Insan (KBI). Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Antara penceramah yang terlibat dalam kursus tersebut ialah Ustaz Sarbini Dahlan (HIKMAH) dengan tajuk “Kenal Kelebihan Manusia”, Ustaz Zamri Mohamad (YADIM)- “Ikhtibar Kehidupan”, Ustaz Zaidi Mahktar (AADK)- “Wasiat Iman”, Ustaz Shahrul Nazim (BAKA), Ustaz Mohd Izwan Md Yusof (PLS)- “Azam Janji”, dan Ustaz Hasfa Bakhry Hassan (PLS) dengan tajuk ceramah “Peribadi Unggul, Minda Ulul Albab”.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustazah Kartini Hj. Ahmad,,Pengetua Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

KURSUS PEMBANGUNAN INSTITUSI KELUARGA - MODUL "PENGURUSAN MASALAH DALAM KELUARGA"

 

Pada 16-18 Jun 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pembangunan Institusi Keluarga (PIK) dengan modul “Pengurusan Masalah Dalam Keluarga”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 2, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 50 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada isteri-isteri tentera (BAKAT).
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Ketua Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi, Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

 

KURSUS PEMANTAPAN DAYA SAING (KUMPULAN SOKONGAN) SIRI 1/2009

 

Pada 16-20 Jun 2009, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Kursus Pemantapan Daya Saing (Kumpulan Sokongan) Siri 1/2009 bertempat di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Kursus tersebut disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

PROGRAM MOTIVASI UPSR

 

Pada 19-21 Jun 2009, Sekolah Kebangsaan Sejijak telah menganjurkan Program Motivasi UPSR kepada pelajar di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Kursus tersebut disertai seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 6 SK Sejijak, Kuching

KURSUS KEPIMPINAN ISLAM - MODUL "JATI DIRI PEMIMPIN MENURUT ISLAM"

 

Pada 23-25 Jun 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Islam (KPI) dengan modul “Jati Diri Pemimpin Menurut Islam”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 36 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada anggota tentera wanita dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustazah Kartini Hj. Ahmad,,Pengetua Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

KURSUS PENGURUSAN MASJID - MODUL "PENGIMARAHAN MASJID"

 

Pada 11-12 Jun 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Masjid (KPM) dengan modul “Pengimarahan Masjid”. Kursus tersebut telah diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan. Seramai 34 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada AJK masjid dan surau bahagian Samarahan.

LAWATAN KEDATAB TERENGGANU

 

Pada 24-27 Jun 2009, Kelab Kebajikan, Sukan Dan Rekreasi, Pejabat Daerah Dan Tanah Besut (KEDATAB) Terengganu telah menginap di Pusat Latihan Sarawak dan membuat lawatan berinformasi di Bandaraya Kuching. Rombongan tersebut seramai 15 orang yang terdiri daripada Biro Agama KEDATAB Terengganu.

 

KURSUS PEMBANGUNAN INSTITUSI KELURGA - MODUL "PEMBANGUNAN REMAJA"

 

Pada 26-28 Jun 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pembangunan Institusi Keluarga (PIK) dengan modul “Pembangunan Remaja”. Kursus tersebut telah berlangsung di Auditorium Al-Wadi, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 130 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Ketua Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi, Pusat Latihan Sarawak di Auditorium Al-Wadi, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

KURSUS KEPIMPINAN ISLAM - MODUL "PEMBENTUKAN PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN MENURUT ISLAM"

 

Pada 26-28 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Islam (KPI) dengan modul “Pembentukan Pemimpin dan Kepimpinan Menurut Islam”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 27 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Ketua Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi, Pusat Latihan Sarawak di Auditorium Al-Wadi, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM

 
Hakcipta Terpelihara © 2008 Pusat Latihan Sarawak (PLS) JAKIM Cawangan Sarawak.
Laman Web ini dibangunkan oleh NEOCON Information Systems Sdn. Bhd. Dikemaskini pada Mac 2009.
PENAFIAN : Kerajaan dan Pusat Latihan Sarawak tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
1