JAN | FEB | MAC | APR | MEI | JUN | JUL | OGOS | SEP | OKT | NOV | DIS
Balik BALIK
     

PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN(PTK) PEMBANTU TADBIR(P/O) GRED N17

 

Pada 11 Februari 2009 (Rabu), penjawat awam dari pelbagai jabatan telah mengikuti Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan bagi Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 di Pusat Latihan Sarawak dan telah diselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Seramai 55 orang yang mengikuti  peperiksaan tersebut.

PROGRAM KEUTUHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JAKIM

 

Pada 24 Februari 2009 (Selasa), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak (JAKIM) Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Keutuhan Pegawai dan Kakitangan JAKIM bertempat di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Antara yang terlibat dalam bengkel tersebut adalah semua pegawai dan kakitangan JAKIM Cawangan Sarawak.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR(P/O) GRED N17

 

Pada 25 Februari 2009 (Rabu), penjawat awam dari pelbagai jabatan telah mengikuti Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 di Pusat Latihan Sarawak dan telah diselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Seramai 72 orang yang mengikuti peperiksaan tersebut.

 

 

 
Hakcipta Terpelihara © 2008 Pusat Latihan Sarawak (PLS) JAKIM Cawangan Sarawak.
Laman Web ini diselenggara oleh Qastury Jingga Resources. Dikemaskini pada Ogos 2010.
PENAFIAN : Kerajaan dan Pusat Latihan Sarawak tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
1