JAN | FEB | MAC | APR | MEI | JUN | JUL | OGOS | SEP | OKT | NOV | DIS
Balik BALIK
     

KURSUS ASAS PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM ( PHEI ) GRED S 17 LANTIKAN 2008

 

Bahagian Latihan JAKIM telah mengadakan Kursus Asas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI) kepada kakitangan Kumpulan Sokongan 1 (Gred S17) pada 26 Mac – 01 April 2009 bertempat di Pusat Latihan Sarawak Kuching, Sarawak. Kursus ini yang telah diadakan selama 7 hari itu dihadiri oleh seramai  58 orang peserta (56 orang lelaki dan 2 orang perempuan) lantikan pada tahun 2008. Antara objektif kursus tersebut ialah mengenali, membentuk keyakinan diri, menerapkan intigriti dan sikap positif warga kerja Perkhidmatan Hal Ehwal Islam di samping memberi pendedahan mengenai fungsi dan tanggungjawab JAKIM. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Ustazah Aishah binti Abdul Majid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan JAKIM. Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Ustazah Kartini binti Hj. Ahmad, Pengetua Pusat Latihan Sarawak.
            Dalam ucapan penutup, beliau berpesan agar para peserta dapat melaksanakan tugas seperti mana yang telah diamanahkan dalam jabatan masing-masing berdasarkan kepada bidang tugas dan jawatan serta tanggungjawab yang dipikul. Selain itu beliau menekankan kepada para peserta akan sikap intigriti yang perlu ada pada setiap peserta dalam melangkah ke dunia pekerjaan dan bukan lagi sambil lewa dalam melaksanakan amanah dan memastikan tugas berjalan dengan lancar dan saksama. Majlis diakhiri dengan persembahan dari para peserta dan majlis penyampaian sijil kepada wakil peserta.

KURSUS TRAINING OF TRAINER ( TOT ) PERINGKAT ZON SARAWAK 2009

 

Bahagian Hadhari dan Pembangunan Insan JAKIM telah mengadakan Kursus Taining of Trainer Zon Sarawak kepada kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak ( JAKIM ), Jabatan Agama Islam Sarawak ( JAIS ), HIKMAH, Pusat Serenti dan Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) pada 30 Mac – 02 April 2009 bertempat di Pusat Latihan Sarawak. Kursus ini yang telah diadakan selama 4 hari dan telah disertai seramai 22 orang peserta ( 17 orang lelaki dan 5 orang perempuan ). 
Antara objektif kursus tersebut ialah memberi pendedahan kepada para peserta  tentang objektif modul-modul kursus pendekatan Islam Hadhari dan memberi latihan serta panduan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti bimbingan dalam kumpulan dan aktiviti latihan dalam kumpulan serta slot yang menyentuh aspek rohani dan emosi. Selain itu juga objektif kursus ini juga melahirkan pasukan fasilitator yang mantap bagi membantu menggerakkan perlaksanakan kursus pendekatan Islam Hadhari yang giat dilaksanakan di pelbagai peringkat kementerian dan jabatan. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Ustazah Karitni binti Hj. Ahmad, Pengetua Pusat Latihan Sarawak.
Dalam ucapan penutup, beliau menekankan aspek silaturahim yang terjalin diantara para peserta tidak kira faktor usia selain dapat berkenalan lebih rapat. Selain itu juga, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Hadhari dan Pembangunan Insan JAKIM kerana memilih Pusat Latihan Sarawak sebagai wadah dalam menjalankan kursus dan aktiviti serta menyampaikan objektif Islam Hadhari untuk diterapkan dalam kehidupan harian. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada peserta dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

 

KURSUS PEMBANGUNAN INSTITUSI KELUARGA - MODUL "KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN"

 

Pada 03-05 April 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pembangunan Institusi Keluarga (PIK) dengan modul “Kemahiran Keibubapaan”. Kursus tersebut telah diadakan di Daerah Betong, Sarawak. Seramai 60 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada masyarakat awam Daerah Betong.

KURSUS PENERAPAN NILAI MURNI - MODUL " KEPENTINGAN NILAI DALAM ORGANISASI"

 

Pada 07-09 April 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Penerapan Nilai Murni (PNM) dengan modul “Kepentingan Nilai Dalam Organisasi”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 43 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Kakitangan Awam.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Ketua Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi, Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

 

KURSUS KEPIMPINAN ISLAM - MODUL " PEMBENTUKAN PEMIMPIN & KEPIMPINAN MENURUT ISLAM"

 

Pada 07-09 April 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Islam (KPI) dengan modul “Pembentukan Pemimpin & Kepimpinan Menurut Islam”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 12, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 21 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Kakitangan Awam.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Ketua Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi, Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

 

KURSUS PEMBANGUNAN INSTITUSI KELUARGA - MODUL "PEMBANGUNAN REMAJA"

 

Pada 11-12 April 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pembangunan Institusi Keluarga (PIK) dengan modul “Pembangunan Remaja. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 68 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Pelajar Politeknik Kuching.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Ketua Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi, Pusat Latihan Sarawak di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

KURSUS LATIHAN KADER DAKWAH - MODUL "PENGURUSAN DAKWAH"

 

Pada 13-15 April 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Latihan Kader Dakwah (LKD) dengan modul “Pengurusan Dakwah”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 24 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Kader Post JAKIM Sarawak.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hasfa Bakhry Hassan, Ketua Penyelaras Sekolah Pembangunan Syakhsiah, Pusat Latihan Sarawak di Dewan Ijtima’ie Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

KURSUS TERNAKAN KAMBING SECARA KOMERSIAL

 

Pada 13-16 April 2009, AGRO Bank dan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri  telah menganjurkan Kursus Ternakan Kambing Secara Komersial”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 6, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 50 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut terdiri daripada peladang daerah.
Majlis penangguhan kursus telah diadakan di Dewan Ijtima’ie, Pusat Latihan Sarawak JAKIM

 

KURSUS PEMBANGUNAN INSTITUSI KELUARGA - MODUL "PEMBANGUNAN REMAJA"

 

Pada 14-16 April 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Pembangunan Institusi Keluarga (PIK) dengan modul “Pembangunan Remaja”. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 2, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Pelajar SMK Teknik Matang & SMK Matang Hilir.
Majlis penagguhan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Izwan Md Yusof, Ketua Penyelaras Sekolah Pengurusan Organisasi, Pusat Latihan Sarawak di Auditorium Al-Wadi, Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.

KURSUS INDUKSI PEGAWAI MASJID BAHAGIAN KUCHING

 

Pada 21-23 April 2009, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menganjurkan Kursus Induksi Pegawai Masjid Bahagian Kuching. Kursus tersebut telah berlangsung di Dewan Kuliah 2, Pusat Latihan Sarawak. Seramai 60 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada AJK masjid Bahagian Kuching.

PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN

 

Pada 21-23 April 2009, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan bertempat di Dewan Kuliah 8, 9, dan 11, Pusat Latihan Sarawak dan seramai 150 orang calon peperiksaan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK BANDAR BARU BATANG KALI SELANGOR

 

Pada 24-26 April 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali Selangor telah menginap di Pusat Latihan Sarawak dan membuat lawatan sambil belajar di Bandaraya Kuching. Rombongan tersebut seramai 20 orang yang terdiri daripada guru-guru SMK Bandar Baru Batang Kali Selangor Darul Ehsan.

KURSUS KEPIMPINAN ISLAM - MODUL "JATI DIRI PEMIMPIN MENURUT ISLAM"

 

Pada 27-29 April 2009, Sekolah Pembangunan Syakhsiah (SPS) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Islam (KPI) dengan modul “Jati Diri Pemimpin Menurut Islam”. Kursus tersebut telah diadakan di Miri dan berlangsung di Mega Hotel Miri, Sarawak. Seramai 60 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada masyarakat awam sekitar Miri.

 

KURSUS PENERAPAN NILAI MURNI

 

Pada 27-29 April 2009, Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) Pusat latihan Sarawak telah menganjurkan Kursus Penerapan Nilai Murni (PNM). Kursus tersebut telah diadakan di daerah Sri Aman Sarawak. Seramai 60 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada kakitangan awam.

 

 
Hakcipta Terpelihara © 2008 Pusat Latihan Sarawak (PLS) JAKIM Cawangan Sarawak.
Laman Web ini dibangunkan oleh NEOCON Information Systems Sdn. Bhd. Dikemaskini pada Mac 2009.
PENAFIAN : Kerajaan dan Pusat Latihan Sarawak tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
1