JAN | FEB | MAC | APR | MEI | JUN | JUL | OGOS | SEP | OKT | NOV | DIS
Balik BALIK
     

BENGKEL PENANDAARASAN & PEMURNIAN SOALAN PEPERIKSAAN

 
Pada 10 Januari 2009 (Sabtu), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah menganjurkan Bengkel Penandaarasan Soalan Peperiksaan bertempat di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Antara yang terlibat dalam bengkel tersebut termasuk pensyarah jemputan IKMAS dan pensyarah tetap dibawah selia Bahagian Akademik dan Peperiksaan IKMAS.

BENGKEL SENARAI TUGAS, FAIL MEJA & PENYELARASAN PROGRAM DAKWAH

 

Pada 14-16 Januari 2009 (Rabu-Jumaat), Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Senarai Tugas, Fail Meja dan Penyelaras Program Dakwah bertempat di Bilik Banquet, Pusat Latihan Sarawak. Antara yang terlibat dalam bengkel tersebut adalah pegawai dan kakitangan JAKIM

BENGKEL PEMURNIAN SOALAN PEPERIKSAAN IKMAS

 

Pada 23-25 Januari 2009 (Jumaat-Ahad), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Soalan Peperiksaan IKMAS bertempat di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Antara yang terlibat dalam bengkel tersebut termasuk pensyarah jemputan IKMAS dan pensyarah tetap dibawah selia Bahagian Akademik & Peperiksaan IKMAS.

BENGKEL PENGGERAK MASYARAKAT SAUDARA KITA

 

Pada 28-30 Januari 2009 (Rabu-Jumaat), Bahagian Dakwah JAKIM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Bengkel Penggerak Masyarakat Saudara Kita Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Dewan Kuliah 8, Pusat Latihan Sarawak. Antara yang terlibat dalam bengkel tersebut penggerak masyarakat seluruh Negeri Sarawak.

 

 
Hakcipta Terpelihara © 2008 Pusat Latihan Sarawak (PLS) JAKIM Cawangan Sarawak.
Laman Web ini diselenggara oleh Qastury Jingga Resources. Dikemaskini pada Ogos 2010.
PENAFIAN : Kerajaan dan Pusat Latihan Sarawak tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
1